GEORGE TOWN, PENANG: Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) telah me langsung kan Malam Ramah Mesra Maritim, Pelabuhan & Logistik serta Sambutan Tahun Baru Cina 2025 di Iconic Marjorie Hotel .
Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Haji Hasbi Haji Habibollah, Pengerusi SPPP
Dato’ Yeoh Soon Hin, Pengerusi SPPP (Teluk Ewa), Jeffrey Chew Gim Eam dan Pengurus Besar SPPP Dato’ Dr. Vijayaindiaran R. Viswalingam.
Dalam ucapannya, Dato’ Yeoh Soon Hin bekataa bagi tahun 2025, SPPP berhasrat untuk memperolehi perkembangan yang positif seterusnya berusaha menambahkan lebih banyak kapal persiaran dan pelancong kruis datang ke Swettenhan Pier Cruise Terminal.
Beliau berkata SPPP juga akan bekerjasama erat bersama PPSB untuk menjadikan Prai Bulk Container Terminal dan juga Prai Wharf sebagai “primary and efficient gateway for handling of mineral resources”.
Katanya kedudukan PBCT di Selat Melaka yang strategik dan menghubungkan Far East region dengan Bay of Bengal, kita dapat memainkan peranan yang signifikan untuk menjadikan PBCT sebagai “leading hub” untuk eksport iron ore ke China.
“Dengan sokongan dan komitmen padu daripada semua pihak yang terlibat, saya yakin kita akan terus berjaya dalam membawa sektor pelabuhan ke tahap yang lebih tinggi.
“Saya juga percaya bahawa setiap langkah kecil yang kita ambil bersama akan memberi impak yang besar kepada masa hadapan industri pelabuhan negara,” katanya.
Beliau menutup ucapannya dengan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini serta berharap agar sokongan dan kerjasama yang telah diberikan kepada SPPP selama ini akan terus berkekalan demi kemajuan Industri tersebut.